Minhaj Al-Salam Jalan Keselamatan

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674391669

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.3000IN
Product Weight: 0.3850KG
Sales price: RM 10.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Al-Syeikh Muhammad Zainuddin

Alih Bahasa : Noraine Abu

Editor : Al Hidayah

Muka Surat:147

Ketahuilah wahai para pembaca sekalian! Sesungguhnya diwajibkan ke atas setiap mukallaf, yakni yang diberati oleh syarak ke atas setiap lelaki dan perempuan yang merdeka dan sahaya orang bahawa mengetahui akan sekalian rukun Islam dan rukun Iman.

Oleh kerana itu, kitab yang berada di hadapan para pembaca sekalian ini adalah sebuah kitab kecil yang menghuraikan secara tafsil perkara yang berkaitan dengan Iman dan Islam hasil karangan Al-'Alim Al-'Amil Al-Fadhil Al-Kamil Al-Syeikh Muhammad Zainuddin Bin Muhammad Al-Badawi Al-Sambawi yang bertajuk Minhaj Al-Salam (Jalan Keselamatan).

Islam dan Iman itu adalah dua perkara yang berlainan di antara keduanya kerana makna Iman itu semata-mata percaya, iaitu yang berkaitan dengan hati dan makna Islam itu pula adalah semata-mata junjung seruan Allah Ta'ala dengan segala anggota yang zahir tetapi tiada sah Islam itu melainkan dengan ada iman dan tiada lepas daripada seksa orang yang beriman itu melainkan dengan Islam. Dan terhimpun sekalian rukun Iman yang enam itu ke dalam rukun yang pertama daripada segala rukun Islam yang lima dari kerana bagi segala rukun Iman yang tersebut itu ada baginya beberapa simpulan. Maka jumlah sekaliannya adalah sebanyak 50 50 simpulan iaitu 41 simpulan termasuk di dalam kalimah: "La Ilaha Illallah" iaitu 20 yang wajib, 20 yang istihalah dan satu yang harus, maka 9 simpulan daripadanya termasuk di dalam kalimah: "Lahu Muhammadur Rasul", iaitu 4 yang wajib, 4 istihalah dan satu yang harus. Maka wajib ke atas setiap mukallaf bahawa mengetahui akan segala simpulan iman yang tersebut itu secara tafsil.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan rukun Iman dan rukun Islam tersebut, maka para pembaca disarankan agar mempelajari dan mentadabbur isi kandungan kitab ini secara bertalaqqi yakni berguru supaya para pembaca dapat memahami isi kandungan kitab ini dengan lebih baik dan mendapat tunjuk ajar secara langsung dari para guru yang berkenaan. Kepada Allah kita memohon hidayah dan taufiqNya.

Reviews

There are yet no reviews for this product.