MATLA AL- BADRAIN WA MAJMA & AL-BAHRAIN

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674392796

In Stock - 93  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 15.0400M
Product Heigth: 22.0900M
Product Weight: 0.7400KG
Sales price: RM 29.90
Price / kg:

Matla' Al-Badrain Wa Majma' Al-Bahrain (Tempat terbit dua bulan purnama dan tempat berhimpun dua laut), merupakan antara kitab Fekah yang terkenal di Tanah Melayu. Kitab ini pernah menjadi antara rujukan utama dalam mendalami ilmu Fekah mazhab Syafie di Nusantara.
Pengarangnya Al-Allamah Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al- Fatani atau juga dikenali Syeikh Nik Mat Kecik merupakan cucu saudara kepada ulama termasyhur di alam Melayu, Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani. Di dalam kitab ini beliau menggabungkan pelbagai perbahasan ilmu Fekah lengkap, terdiri daripada bab ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Juga didatangkan di awal kitab perbahasan tentang ilmu Kalam yang membincangkan sifat-sifat Allah SWT dan Rasul-Nya dan beberapa perkara sam'iyyat yang lain yang terkandung di dalam rukun iman.
Di dalam buku ini juga dilengkapkan penjelasan ringkas terhadap beberapa perkataan dan istilah yang mempunyai kesamaran dan kurang difahami maknanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Justeru, amatlah sesuai kitab ini dijadikan panduan dan rujukan bagi penuntut ilmu agama dalam mendalami ilmu Fekah mazhab Syafie serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Reviews

There are yet no reviews for this product.