Selawat Pilihan Riwayat,Manfaat dan Keutamaannya

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675115257

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.4050KG
Sales price: RM 14.00
Price / kg:

Quick Overview

Penyusun : Ustaz Mahmud Samiy

Penterjemah: Hamzah bin Raden Anwar

Disemak Oleh : Ustazah Sabariah Bakri (IIUM)

Muka Surat: 161

Selawat merupakan cara umat Islam menunjukkan rasa kecintaan dan penghargaan kepada Rasulullah s.a.w. Ada di antara Para sahabat yang menggunakan lafaz "sayyidina" sebagai tanda penghormatan dan pengagongan kepada baginda s.a.w walaupun baginda tidak mahu diagongkan sebegitu rupa. Namun sebagai umat yang menyayangi baginda dan menghargai jasa baik baginda terhadap perjuangan Islam maka tidak salah bagi kita untuk menggunakan lafaz yang mulia itu untuk mengingati Rasulullah s.a.w.
Buku ini mengupas serba sedikit ayat-ayat al Qur'an dan hadith-hadith yang mengajak umat Islam seluruhnya memuliakan baginda s.a.w dengan berselawat. Ada di antara hadith-hadith yang disebut matan-matannya dengan lengkap. Selawat-selawat yang diketengahkan mempunyai fadilat-fadilat tertentu antaranya dapat memberikan ketenangan, kemurahan rezeki, menghilangkan ketakutan, menyembuhkan penyakit, membawa kehidupan yang diberkati Allah sepanjang hidupnya dan sebagainya. Tidak salah bagi umat Islam untuk bertawassul dengan Rasulullah s.a.w selagi tidak membawa kepada syirik.
Secara umumnya selawat-selawat yang terdapat di dalam buku ini sekiranya diamalkan dengan ikhlas dan dengan niat mendekatkan diri kepada Rasulullah s.a.w akan memberikan kita syafaat di hari kemudian, malah yang istimewanya juga selawat umat Islam akan didengari oleh baginda s.a.w di mana jua kita berada.... Semoga jiwa kita sentiasa terikat dengan cahaya Ilahi dan nur hidayah Rasulullah dengan selalu berselawat kepadanya.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.