Bertawakal Rahsia Dan Hikmahnya

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830995458

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.4100KG
Sales price: RM 13.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Mukhlas Asy-Syarkni Al-Falahi

Muka Surat: 166

Kalimat tawakal bererti memberikan perwakilan atau berserah sepenuh hati. Seseorang yang bertawakkal kepada Allah Swt bererti dia telah berserah diri tanpa ragu-ragu menyandarkan segala urusannya hanya kepada Allah semata dengan disertai ikhtiar (usaha).
Tawakal merupakan salah satu ibadah hati yang paling utama dan akhlak iman yang paling agung. Tepat apa yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali bahawa tawakal merupakan satu manzilah (keberadaan) bagi orang-orang beriman, bahkan tawakal merupakan darjat mugarrabin atau orang yang dekat dengan Allah Swt.
Kerana itu Allah Swt sangat mencintai hambaNya yang bertawakal kepadaNya, bahkan Allah mencabar kepada orang-orang yang beriman sepertimana dalam satu fimannya: "Dan percayakanlah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman." (maksud surah al-Maidah: 23). Demikian pula jika seseorang benar-benar bertawakal kepada Allah Swt maka Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya.
Untuk memahami maksud sebenar tawakal, buku ini cukup memberikan huraian secara mendalam mengikut pandangan serta pengalaman para ulama salaf dalam perkara yang berkait rapat dengannya. Demikian pula keajaiban, serta rahsia yang terdapat dalam tawakal, sehingga dengan membaca serta memilikinya semoga kita termasuk kedalam golongan orang-orang mugarrabin yang sentiasa bertawakal kepada Allah Swt.

Reviews

There are yet no reviews for this product.