Amalan Ringgan Dengan Fadilat Hebat

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674391713

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.2600KG
Sales price: RM 15.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Syaiful Bahri S.I.

Alih Bahasa : Nabila Abd. Jalil

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat : 190

Amalan-amalan ringan yang disusun di dalam buku ini termasuk solat fardu, solat-solat sunat, bacaan ayat-ayat Al-Quran, Asmaul Husna, bersedekah, berbuat ihsan serta menjalinkan hubungarL silaturrahim yang sememangnya mengandungi fadilat hebat yang tersendiri.

Sembahyang fardu 5 waktu merupakan salah satu dari rukun Islam yang dituntut bagi semua Muslimin dan Muslimat. Jika seorang Muslim meninggalkan amalan wajib ini, maka robohlah salah satu tiang rukun Islam daripadanya. Manakala solat sunat pula sangat baik diamalkan serta amat dituntut sebagai ibadah tambahan yang boleh menampung kekurangan yang ada pada solat fardu kita. Solat¬solat sunat yang disusun di dalam buku ini adalah antara solat-solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya sepanjang hayat mereka bahkan Rasulullah SAW menggalakkan umatnya mengamalkan solat-solat sunat tersebut. 'Hukum serta fadilat solat fardu serta solat-solat sunat dikupas dengan penerangan yang jelas dan terperinci oleh penulis untuk manfaat pembaca.

Tidak kurang juga dengan bacaan selawat, Asmaul Husna, surah¬surah Al-Quran, berbuat ihsan serta bersedekah yang disusun kemas di dalam buku ini juga mempunyai kehebatan dan fadilat hebat yang tersendiri. Umum mengetahui, amalan-amalan yang disebutkan di atas mempunyai keistimewaan, fadilat serta dapat memberi ganjaran kepada pengamal atau pelakunya. Namun, keistimewaan dan ganjaran yang bagaimana? Semua jawapan bakal terungkai di dalam buku ini. Mudah-mudahan pengisian ini dapat dijadikan manfaat bersama. Insya-Allah.

Reviews

There are yet no reviews for this product.