44 Himpunan Doa Selamat

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830998183

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.3550KG
Sales price: RM 9.00
Price / kg:

Quick Overview

Drs. Hj. Hanafi Mohamed MA

Disemak Oleh : Dr. Mohd. Puzhi Usop, Ust. Zairul Mat Zain

Muka Surat : 95

Manusia yang merupakan hamba Allah wajib memposisikan diri mereka sebagai hamba. Satu perkara penting yang wajib dilakukan oleh seorang hamba sampai bila-bila adalah mematuhi apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah Yang Maha Kuasa. Jika ini tidak dilakukan, hamba tersebut telah melakukan satu kesalahan besar dan wajar dijatuhi hukuman.

Seorang manusia yang berstatuskan hamba wajib meminta segala apa yang diperlukannya hanya kepada Allah. Keengganannya untuk meminta kepada Allah yang dalam hal ini adalah berdoa merupakan satu kesombongan dan sifat takbur. Sifat inilah yang semestinya dijauhi oleh setiap Islam, di samping is bercanggah dengan konsep iubudiyah, apatah lagi doa merupakan inti pati ibadah.

Buku yang ada di tangan pembaca budiman menghimpun beberapa doa yang mesti dibaca oleh setiap Muslim. la disusun dengan tujuan memudahkan setiap Muslim membacanya pada bila-bila masa.

Reviews

There are yet no reviews for this product.