35 Amalan Meraiah Pahala Yang Mengalir Meskipun Pelakunya Telah Meninggal

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674391836

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.3200KG
Sales price: RM 17.00
Price / kg:

Sudahkah kita mengumpul kebajikan untuk menempah tiket ke syurga? Persoalan itulah yang seharusnya timbul di setiap benak fikiran Muslimin dan Muslimat. Berdasarkan sebuah hadis, apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia, akan terputuslah segala amalannya dengan duniawi kecuali 3 perkara dan is termasuk sedekah jariah, ilmu yang diajarkan kepada orang lain serta doa dari anak yang soleh. Sehubungan dengan itu, kita seharusnya sentiasa bertanya kepada diri, 'Apakah sudah cukup amalku untuk dibawa sebagai bekalan?' Oleh itu, kita harus sentiasa terus berusaha untuk mengumpul pahala serta beramal jariah untuk bekalan di hari kiamat kelak.

Rentetan daripada itu, sedekah jariah yang bagaimana yang dapat membantu apabila kita meninggal kelak? ilmu yang bagaimana harus diajarkan agar dapat membantu kita meraih pahala secara berterusan setelah meninggal dunia? Semua persoalan itu bakal terjawab dengan kupasankupasan yang diketengahkan oleh penulis di dalam buku ini. Diharapkan pengisian buku ini dapat memberi pencerahan yang lebih jelas agar pembaca dapat mengamalkan amalan-amalan yang diketengahkan dan seterusnya berlangsungan sebagai bekalan yang berterusan walaupun pelakunya sudah meninggal dunia. Insya-Allah.

Reviews

There are yet no reviews for this product.