Tafsiran Ayat-Ayat Yaa Ayyuhal-Laziina Aamanuu Jil 2 H.C.

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675115400

In Stock - 98  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.2500IN
Product Heigth: 10.2500IN
Product Weight: 1.3000KG
Sales price: RM 56.00
Price / kg:

Quick Overview

Sheikh M. Abdul Athi Buhairi

Alih Bahasa : Nabilah Abd. Jalil

Di Semak Oleh : Dr. Muhammad Sabri Sahrir

Muka Surat: 642

Di dalam kitab suci al-Quran al-Karim, terdapat 89 tempat di mana ayat-ayatnya dimulakan dengan ungkapan 'Yaa Ayyuhal Laziina Aamanuu...: Semuanya merangkumi 20 pelbagai surah-surah dalam al-Quran. Ayat seruan yang bermaksud'Wahai orang-orang yang beriman...' ini merupakan seruan dan ajakan khas oleh Allah S.W.T terhadap golongan yang beriman dengan-Nya. lbnu Mas'ud RA berkata:"Apabila kamu semua mendengar firman Allah S.W.T yang berbunyi 'Yaa Ayyuhal Laziina Aamanuu,' maka dengarlah dengan teliti kerana padanya mengandungi kebaikan yang diperintahkan atau keburukan yang ditegah olehnye Ayat-ayat yang dimulakan oleh "Wahai orang-orang yang beriman" juga termasuk dalam kategori surah Madaniyyah iaitu merujuk kepada surah-surah yang diturunkan selepas peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah Munawwarah.
Buku ini mengumpulkan seruan-seruan tersebut dalam 2 jilid merangkumi pelbagai aspek dan hukum hakam yang berkaitan dengannya, serta huraiannya dengan tafsiran ayat-ayat al-Quran yang dimulakan oleh seruan 'Yaa Ayyuhal Laziina Aamanuu' seperti tafsiran oleh ayat-ayat al-Quran yang lain, huraian hadis-hadis Rasulullah SAW, penjelasan oleh Sirah Nabawiyyah dan pengajaran yang dapat dipetik daripadanya.
Seruan Allah S.W.T mengenai orang-orang yang beriman (mukmin) yang terdapat di dalam al-Quran ini adalah amat baik dan bermanfaat sekali jika kita dapat mengetahui, mempelajari, mendalami dan menghayati semua ayat-ayat tersebut dengan tujuan untuk memperkasakan keimanan, amal soleh dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Sama-samalah kita bersungguh-sunguh memperbaiki diri dan mendekatkan diri kita kepada Allah dengan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Buku ini juga dipersembahkan dalam bahasa yang mudah difahami berserta contoh-contoh yang jelas dan terang, buku ini memang patut dibaca oleh sesiapa jua yang ingin lebih memahami ajaran Islam dan hikmah yang terkandung di dalamnya.

Reviews

There are yet no reviews for this product.