Tafsir Ibu Abbas (3 Jil)Sets

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675833045

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 8.5000IN
Product Heigth: 12.0000IN
Product Weight: 6.0000KG
Sales price: RM 299.00
Price / kg:

Quick Overview

Abu Thahir Muhammad bin Ya'kub Al-Fairuzabadi

Penterjemah: Ubaidilllah Saiful Akhyar L.C.MA

Penyunting: Solihin Abdul Rosid

Muka Surat: 1924

 Al-Quran dihidangkan dengan penuh hikmah oleh Allah S.W.T. Hikmah yang hanya akan dinikmati oleh mereka yang memahami pengisian, meyakini keimanan kepada Allah S.W.T serta mengamalkannya sebai panduan kehidupan seharian. Sesungguhnya diturunkan Al-Quran merupakan rahmat dan nikmat yang paling besar bagi seluruh umat manusia terutama umat Islam. 
Dalam memahami dan menghalusi susur-susur ayat yang indah yang diwahyukan Allah itu, rujukan dan sumber yang paling lengkap serta dihasilkan oleh individu yang berkaliber amat ditagih dan diperlukan. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Rasulullah S.A.W sendiri.
Seperti yang kita telah ketahui, Ibnu Abbas merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang sangat dikagumi daripada segi ilmu Al-Quran dan Hadis. Beliau merupakan antara ahli tafsir yang terawal mentafsirkan Al-Quran. Hasil tafsirannya telah dibukukan dan menjadi rujukan serta panduan bagi generasi seterusnya sehingga kini. Ibnu Abbas ini yang nama sebenarnya Abdullah ibnu Abbas yang juga merupakan sepupu kepada Rasulullah S.A.W. Beliau telah didoakan oleh Rasulullah S.A.W agar dikurnikan Allah kefahaman tentang Al-Quran. Beliau merupakan seorang ulama serta penghafal Al Quran yang memiliki ilmu yang amat luas dalam penafsiran al-Quran dan perawi hadis.
Kehadiran Tafsir Ibnu Abbas yang terbahagi kepada 3 jilid ini merupakan kesinambugan yang amat diperlukan oleh seluruh umat Islam sekarang dalam memahami dan mendalami ilmu Al-Quran. Lebih-lebih saat-saat ini umat Islam semakin jauh daripada Al-Quran dek kesibukan dan kemajuan yang kian menghakis setiap saat dalam kehidupan seharian mereka. Semoga dengan kehadiran buku akan menjadi dengan asas dan panduan untuk setiap umat Islam dalam mendalami dan menjalani kehidupan berlandaskan Al-Quran. Sunnah Nabi dan Syariat Allah.

Reviews

There are yet no reviews for this product.