Tafsir Ayat-Ayat Hukum Jil 1 -H/C

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673682294

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.2500IN
Product Heigth: 10.2500IN
Product Weight: 1.5750KG
Sales price: RM 70.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Muhammad Ali al-Sabuni

Penterjemah : Abu Atiyyah & Syahrin Jasah

Editor : Dr. Muhammad Sabri bin Sahrir, Dr. Muhammad Salman bin Jonid

Muka Surat: 796

Syeikh Muhammad All Al-Sabuni telah diisytiharkan sebagai Tokoh Muslim Dunia 2007 dan nama besar beliau begitu terkenal pada masa kini. Beliau merupakan seorang ulama dan ahli tafsir yang terkenal dengan keluasan dan kedalaman ilmu serta sifat waraknya. Nama penuh beliau adalah Muhammad All Ibn Ali Ibn Jamil Al-Sabuni. Beliau dilahirkan di Madinah Munawwarah pada tahun 1347 H/1928 M dan merupakan lepasan Al-Thanawiyah Al-Syari'ah. Syeikh Al-Sabuni dibesarkan di tengah-tengah keluarga yang terpelajar. Bapanya, Syeikh Jamil, merupakan salah seorang ulama senior di Aleppo, Syria. Beliau memperoleh pendidikan dasar dan formal mengenai bahasa Arab, ilmu waris, dan ilmu-ilmu agama di bawah bimbingan langsung ayahandanya. Sejak usia kanak-kanak, beliau sudah memperlihatkan bakat dan kecerdasan dalam menyerap berbagai ilmu agama. Di usianya yang masih belia, Syeikh Al-Sabuni sudah menghafal Al-Quran. Maka tidak hairanlah apabila kemampuannya ini menjadikan ramai ulama di tempatnya belajar sangat menyukai keperibadian beliau.

Kitab Tafsir Ayat-Ayat Hukum (Tafsir Ayat al-Ahkam) yang dikarang oleh Al-Imam Muhammad All Al-Sabuni ini merupakan sebuah kitab tafsir Al-Quran berkaitan dengan Ayat-Ayat Hukum yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim yang bermula dengan Surah Al-Fatihah sebagai pembuka bicara kitab tafsir ini. Beliau menghuraikan tafsiran ayat-ayat hukum yang terdapat di dalam Al-Quran dengan metodenya yang tersendiri seperti keistimewaan surah, makna lafaz-lafaz penting dan tafsirannya, bentuk-bentuk bacaan (qiraat) yang berbeza jika ada, membentangkan pendapat mazhab-mazhab yang berbeza berkenaannya serta menghuraikan pendapat yang Iebih kuat dan hukum-hukum fikah yang berkaitan. Beliau juga menghuraikan hubungkait antara sebahagian ayat Al-Qur'an dengan sebahagian yang lain, serta mengutarakan hadis-hadis yang menjadi hujah dan sokongan terhadap sesuatu hukum. Pada akhir setiap bab, beliau akan menghuraikan hikmah pensyariatan hukum bagi setiap ayat hukum yang dihuraikannya agar para pembaca dapat mengambil iktibar dan pengajaran bagi setiap ayat hukum yang dipelajari.

Reviews

There are yet no reviews for this product.