Siapa Ahli Sunnah Wal-Jamaah ?

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830996653

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 6.0000IN
Product Heigth: 8.5000IN
Product Weight: 0.6200KG
Sales price: RM 20.00
Price / kg:

Quick Overview

Penyusun : Umar Hasyim

Muka Surat: 320

Ahli Sunnah Wal Jamaah itu ialah orang-orang atau golongan yang membela sunnah Rasulullah S.A.W. dan jamaah kaum muslimin. Golongan ini telah wujud semenjak lahirnya Islam, hanya saja ketika itu saja ia tidak diberi nama seperti ini kerana ketika itu seluruh orang Islam adalah pengikut sunnah Rasulullah S.A.W. 


Aliran Ahli Sunnah yang dipelopori oleh Abu Hasan Ali Al-Asy'ari - seorang ulama besar yang berjaya menyesuaikan nagliyah Al-Quran dan hadis dengan akal dan logika falsafah. Ini, bukan saja membahas perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, tetapi juga membahas masalah hadis, fiqh, tafsir dan lain-lain. 


Perlu diingat, bahawa di antara sunnah dengan bid'ah terdapat garis pemisah yang amat halus, yang tidak akan dapat dikenali melainkan oleh orang-orang yang mahu mengenali Ahli Sunnah itu secara benar.
Ramai orang yang mengaku sebagai pengamal Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun pada hakikatnya sebahagian daripada amalan yang dilakukannya tidak berdasarkan kepada sunah Rasulullah S.A.W. Ada di antara mereka yang mengurangi dan ada pula yang melebihkannya. Orang yang seperti sebenarnya adalah Ahli Bid'ah. Termasuk kedalam golongan ini kaum Ahmadiyah Qadiani, yang mengaku sebagai pengamal sunnah, walaupun pada hakikatnya mereka sudah terkeluar dari Islam.


Pengarang buku ini berusaha membahas dan menerangkan ciri-ciri penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah secara jelas dan terperinci yang amat bermanfaat bagi orang-orang yang hendak mencari kebenaran...

Reviews

There are yet no reviews for this product.