Rukun Yang Menjadi Prinsip Agama Islam

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830996097

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.1200IN
Product Weight: 0.4650KG
Sales price: RM 15.00
Price / kg:

Quick Overview

Penyusun: Harun Yahya

Penterjemah: Intan Baizura Salman Halili

Penyunting : Noraine Abu

Muka Surat: 196

Buku ini ditulis untuk mereka yang baru sahaja diperkenalkan kepada Islam dan mereka yang sudah ada pengetahuan dan satu tahap keyakinan mengenai Islam tetapi mungkin sumber yang didapati tidak mencukupi atau tidak boleh dipercayai. Selalunya maklumat yang orang dapat mengenai Islam terhad kepada apa yang keluarga atau kawan-kawan mereka atau daripada sesetengah buku. Namun begitu, maklumat yang tepat mengenai Islam hanya boleh didapati dengan merujuk kepada Al-Quran, sumber Agama Islam.

Kitab Al-Quran ialah wahyu terakhir yang diturunkan oleh Tuhan, iaitu Allah sebagai petunjuk kepada umat manusia. Satu-satunya kitab Allah yang diturunkan dan kekal keasliannya ialah Al-Quran. Ia mengandungi hanya apa yang diwahyukan oleh Allah. Allah telah menurunkan mesej Islam atau risalah suciNya samada melalui malaikat Jibrail atau wahyu langsung kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-quran hanya mengandungi apa yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Al-Quran merupakan petunjuk yang dapat membawa manusia ke jalan kejujuran. Ia adalah wahyu Tuhan yang dikirimkan kepada manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Melalui Al-Quran, Allah, Tuhan, Pencipta, manusia dan segala makhluk kehidupan memandu hamba-hambaNya kejalan yang lurus.

Berdasarkan maklumat yang diterangkan oleh kitab Al-Quran, di dalam buku ini kita akan bincangkan mengenai Tuhan, sifat-sifatNya, matlamat sebenar kewujudan kita di dunia ini, apa yang kita perlukan untuk hidup selari dengannya, hakikat kematian dan perkara yang menunggu kita, iaitu kehidupan selepas mati.

Kami begitu berharap supaya saudara bacalah buku ini dan ambil pengajaran darinya. Kerana is bermaksud mahu mengajak saudara supaya lebih dekat kepada Pencipta saudara dan agar dapat menunjukkan jalan keselamatan dan kebahagiaan yang tiada penghujungnya.

Reviews

There are yet no reviews for this product.