In Stock - 99 ITEMS
Pengarang : Amru Khalid
Diterjemah Oleh : Ustaz Mohd. Suhail
Disemak Oleh: Dr. Mohd. Puzhi bin Usop
Muka Surat : 344
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." - (Al-Fajr: 27:30)
Sucikanlah hati dan tenangkanlah jiwa, berusahalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah seakan esok kita akan mati. Jiwa kita akan sentiasa tenang apabila kita sentiasa mengingati Allah. Dengan ketenangan jiwa dan kesucian hati, kehidupan kita akan lebih bahagia. Kerana dengan mengingati Allah maka Allah akan lebih mengingati kita.
Matlamat dan tujuan hidup kita lebih terarah dan tersusun. Walaupun pelbagai halangan dan dugaan yang melintang, ia tidak akan mampu mengalihkan matlamat dan tujuan hidup kita mendapatkan keredaan Allah. Teguhkanlah azam dan sucikanlah hati.
Dalam setiap helaian nafas yang kita sedut dan setiap degupan jantung kita, tidak terkira banyaknya kasih dan cinta Allah kepada kita. Agar kita sentiasa terus mengingati, bersyukur dan berdoa kepada-Nya.