Penawar Hati & Penenang Jiwa 2

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830992020

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.6500KG
Sales price: RM 25.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Abu Mazya Al-Hafiz

Muka Surat : 378

Allah hanya menjadikan dua model manusia di dalam al-Quran. Jika ia bukan sebagai makhluk, maka sudah mesti ia akan terdedah kepada Asfala Safilin, iaitu serendah-rendah darjat makhluk yang kadang-kadang lebih teruk dari makhluk yang bergelar Haiwan. Kerana itulah, apabila nafsu tidak boleh dikawal untuk memperolehi hal-hal yang diharuskan (mubah), maka ia mesti akan cenderung ke arah perkara-perkara yang dilarang (haram).

Terdapat dua jenis musuh manusia, iaitu nafsu dan syaitan. Keduanya saling bekerjasama bagi menjadikan hati dan jiwa manusia sebagai tawanan dan hamba. Hati yang hidup sihat dan jiwa yang merdeka pula bergantung kepada sejauh mana ia mampu menundukkan kedua musuh di atas sehingga berasa selesa di dalam menghambakan diri kepada tuhannya. Kesannya, hati dan jiwa akan tenang, bahagia di sisi kekasih sejati sebagaimana isyarat Allah bermaksud:
"Wahai jiwa yang tenang (suci). kernhalikanlah kepada Tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai... dan masuklah ke dalam syurgaku."

Dalam pada itu syaitan dengan angkuhnya telahpun berikrar sepertimana yang dirakamkan al-Quran sebagai berikut:
Aku akan perdayakan manusia dari (segala penjuru), iaitu dari arah depan, helakang, kanan dan kiri mereka."
Buku ini, mendedahkan berbagai perangkap nafsu dan beberapa tipu daya syaitan untuk menyesatkan manusia dan mengheretnya ke Lembah Neraka, sekaligus memberi bimbingan kepada kita bagi menghindarkan diri dari godaannya. la juga mendidik kita untuk mencuci hati dan memerdekakan jiwa, sehingga bahagia bersama Tuhannya.

Reviews

There are yet no reviews for this product.