Misteri Alam Barzakh & Dahsyatnya Peristiwa Kiamat

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673681631

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 6.0000IN
Product Heigth: 8.7500IN
Product Weight: 0.6900KG
Sales price: RM 30.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Mahir Ahmad Al-Sufi

Penjerjemah : Adbul Rachman Saleh Siregar M.A.

Di semak Oleh: Dr.Mohd Puzhi bin Usop

Muka Surat: 374

Alam barzakh merupakan salah satu perkara ghaib yang wajib kita percayai dan yakini. Alam barzakh juga dikenali sebagai alam kubur. Di sinilah nikmat dan seksaan yang akan dilalui oleh manusia. Alam barzakh atau kubur di sini bukanlah bermaksud secara zahir atau jasadnya. Seperti mereka yang mati tanpa diketahui kubur atau tanpa kubur. Contohnya, mereka yang mati dibaham buaya, hilang dan mati atau mati dengan badan hancur berkecai. Mereka ini juga tetap melalui alam barzakh. Malah semua manusia akan tetap melalui alam barzakh sebelum ke alam akhirat.

Alam barzakh ini berada di antara dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat. Bagaimana keadaan, balasan atau nikmat yang akan dihadapinya terpulang kepada amal kebajikan yang pernah dilakukannya semasa di alam dunia. Seksaan atau nikmat akan manusia hadapi di sini berterusan sehinggalah saat dibangkitkan dan dikumpulkan di Padang Mahsyar untuk pengadilan.

Peristiwa kiamat pula adalah di mana seluruh alam semesta ini akan hancur berkecai dan dilenyapkan. Bagaimana dahsyatnya, telah digambarkan di dalam Al-Qur'an. Kehancuran yang amat dahsyat dan tidak boleh dibayangkan oleh daya imaginasi manusia. Sekiranya bencana tsunami, gempa bumi, gunung berapi atau ribut badai itu sebagai gambarannya, itu hanya sekelumit sahaja dari kedahsyatan kiamat. Di hari berlakunya kiamat ini, semua manusia bagaikan hilang pedoman, keadaan menjadi huru-hara dan tiada tempat yang selamat untuk berlindung.

Buku ini merupakan salah satu buku yang akan melengkapkan koleksi bacaan dan rujukan anda dalam memahami dan mendalami ilmu tentang alam akhirat. Semoga dengan kehadiran buku ini akan menguatkan lagi keyakinan dan keimanan anda kepada Allah dan alam akhirat.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.