Mengapa Doa Anda Tidak Dikabulkan?

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674391379

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.4750KG
Sales price: RM 16.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Fahruddin Ghozy

Alih Bahasa : Nabila Abd. Jalil

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat : 244

Doa itu merupakan senjata mukmin dan ibadah rohaniah yang harus dijadikan amalan teras dalam kehidupan seharian kita. Berdoa dan berdoalah tanpa jemu kerana doa adalah medium untuk kita `berhubung' dan `berkomunikasi' dengan Allah S.W.T.. Hendaklah kalian hanya meminta kepadaNya dan tiada yang lain sama ada untuk menyatakan keinginan, hajat, memohon perlindungan mahupun memohon untuk mengampunkan dosa.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (Surah Al-Baqarah: 186)

Doa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian di mana ia bukan sahaja menjadi laluan untuk menyampaikan keinginan malah ia turut menjadi terapi spiritual yang membantu membentuk jiwa yang kuat kerana sifat yakin kepada Allah Yang Maha Mendengar. Sekaligus doa menjadikan hati seseorang itu tenteram dan mempunyai semangat juang yang lebih tinggi terhadap segala keinginan dan usaha yang telah diperjuangkan. Sehubungan dengan itu, buku ini ditulis untuk mengetengahkan doa-doa yang boleh dijadikan amalan harian secara istiqamah. Selain itu, penulis juga memberi pencerahan tentang kepentingan berdoa yang boleh mempengaruhi kehidupan seharian kita. Tidak kurang juga, penulis turut memberi penekanan tentang intipati signifikan tentang berdoa iaitu antara sebab mengapa doa tidak dikabulkan serta adab-adab dalam `berhubung' dengan Allah S.W.T.. Semoga dengan penerbitan buku ini dapat memberi pencerahan dan manfaat kepada para pembaca. Insya-Allah.

Reviews

There are yet no reviews for this product.