In Stock - 100 ITEMS
Penyusun : Abdul Malik Az-Zaghabi
Penterjemah :Nurul Izzah Mukhtar
Penyunting : Dr.Mohd Puzhi Usop
Muka Surat: 154
"Akan terlepas tali Islam satu demi satu. Setiap kali tanggal satu tali, berpeganglah manusia pada tali selanjutnya. Yang pertama sekali hilang adalah kebijaksanaan dan yang terakhir adalah solat." - (Riwayat Ibn Hibban daripada Abu Umamah)
Itulah pentingnya solat, jika kita terlepas tali yang terakhir iaitu solat, maka akan hanyut dan musnahlah agama. Solat merupakan tiang atau asas kepada Islam. Ia adalah ibadah yang pertama sekali diwajibkan Allah. Perintah yang diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada malam Mikraj tanpa melalui perantara.
Kenapa anda wajib solat? Jawapan untuk persoalan ini terdapat di dalam buku ini. Kadang-kadang kita akan ditanya oleh seseorang berkenaan persoalan ini. Kadangkala persoalan ini juga akan terlintas di dalam benak fikiran kita. Buku ini memberikan anda penjelasan tentang persolan tersebut.