Mengapa Terkadang Saya Boleh Alim Dan Terkadang Boleh Menjadi Zalim?

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675984051

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.4000KG
Sales price: RM 15.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Muhammad Muhyidin

Penterjemah: Nurul Husna

Penyunting: Dr.Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat: 176

"Kadangkala, saya amat mudah bangun malam, berzikir penuh khusyuk, bahkan menangis sayu memohon keampunan atas dosa-dosa dan munjat atas harapan. Hati saya mudah tersentuh melihat orang miskin dan fakir dan saya akan terus berikan duit tanpa ragu. Tetapi kadang-kadang saya begitu malas, jangankan tahajjud, solat wajib pun ditinggalkan, berubah menjadi jahat. Malah arak pun pernah saya teguk. Kadang-kadang saya rasa amat dekat dengan Allah. Tetapi kadang-kadang sangat jauh dari-Nya. Apa yang sebenarnya terjadi dengan iman dan keperibadian saya, ustaz ... ?"

Keluhan seperti ini sering didengari, tidak termasuk keluhan yang tidak pernah diluahkan. Kita semua pasti mengalami perkara seperti ini. Merasa iman di hati sangat kuat, soleh dan alim tetapi di waktu lain, iman di hati terasa mati, cenderung kepada mungkar dan zalim. Di manakah silapnya? Mengapa kualiti iman menjadi sangat kritikal dan goyah? Seolah-olah mutu keislaman dan keimanan kita sentiasa bertarung antara kekuatan dan kelemahan. Hinggakan diri kadang-kadang boleh menjadi alim (dikala iman menang) dan kadang-kadang menjadi zalim (dikala nafsu menang). Waktu iman menang, kita menjadi baik, lembut dan alim sebaliknya sewaktu nafsu menguasai diri kita akan menjadi jahat, keji dan zalim.

Bagaimanakah caranya bagi menghadapi pertarungan iman dan nafsu di dalam jiwa agar sifat kita ada dua wajah itu? Bagaimanakah tip-tipnya agar diri ini sentiasa berada di bawah naungan cahaya iman yang gemilang? Agar semua gerak hati dan raga sentiasa berada dalam kesolehan dan terhindar daripada lemahnya iman yang hanya menjerumuskan diri ke arah kemaksiatan dan kezaliman.

Anda tentu ingin tahu jawapannya. Maka buku peneguh iman inilah yang anda perlu baca dan teliti.

Reviews

There are yet no reviews for this product.