Mendidik Anak Mengenali Siapa Allah

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674390143

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.4300KG
Sales price: RM 14.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Wiwid Prasetyo

Penterjemah: Nur Thairah Syamsuddin.

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 202

Perasaan ingin tahu anak-anak kadang-kadang mampu membuatkan lidah ibu bapanya kelu apabila dilontarkan dengan soalan "cepu mas" yang sukar untuk disusun jawapannya dengan kata-kata yang mudah dan santai. Khususnya bagi jawapan persoalan tentang ketuhanan dan perkara ghaib yang terlintas di benak fikiran anak-anak.

Contohnya:

"Ibu, siapa Allah?", "Di mana Allah tinggal?", "Allah ada adik atau tidak?", "Untuk apa dosa dan pahala?"< kadang-kadang soalannya bertubi-tubi, tanpa ruang untuk ibu bapa menarik nafas. Inilah yang sering membuatkan lidah ibu bapa kelu tanpa kata-kata. Kadang terjawab dengan senyuman pahit.

Sebenarnya ketika usia begini, anak-anak memiliki fikiran yang cerdas dan kritis. Semua benda dan perkara ingin diketahuinya dan mesti ada jawapannya. Kadang-kadang satu solan ditanya berulang-ulang kali. Tapi persoalan besarnya bukan soalan dan perasaan ingin tahu anak-anak anda, tetapi apakah jawapan dan reaksi ibu bapa terhadap soalan-soalan ini?

Jalan mudah yang diambil oleh segelintir ibu bapa ialah dengan menjawab tidak tahu. Ini pasti akan mengecewakan anak-anak anda. Ada juga yang melarang anak-anak untuk mengetahuinya. Ada juga terus mengalihkan topik perbicaraan kepada perkara lain yang tidak bersangkutan dengan soalan.

Lalu apakah langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa? Persiapkanlah diri dengan persediaan ilmu sebaik-baiknya. Berikan jawapan yang betul dan terbaik untuk persoalan anak-anaknya. Buat rujukan dan bacaan atau bertanya kepada mereka yang arif berkenaanya. Salah satu rujukannya adalah buku ini. Semoga anda membina ilmu dan juga menjawab soalan "cepu mas" anak-anak anda.

Reviews

There are yet no reviews for this product.