Membersihkan Diri Dan Masyarakat Daripada Bid'ah dan Khurafat

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670267586

In Stock - 94  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 6.0000IN
Product Heigth: 9.0000IN
Product Weight: 0.7750KG
Sales price: RM 35.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Syeikh Muhmmad Al-Ghazali,Syeikh Yusuf Al-Qardhawi,Syeikh Wahbah Al-Zuhaili

Penterjemah: Prof.Madya Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

Disemak Oleh: Dr.Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat: 437

Bid'ah dan khurafat boleh diumpamakan sebagai barah atau kanser dalam agama. Sekiranya tidak dicegah dan diredakan dari awal dan akarnya, ia mampu memusnahkan akidah umat Islam. Lebih-lebih lagi bagi kita umat akhir zaman ini yang semakin besar dan hebat cabarannya. Dihimpit oleh kepesatan serta perkembangan teknologi dan kemodenan. Zaman yang dipenuhi dengan godaan nikmat dunia yang melekakan.
Disebalik kepesatan itu sesetengah individu mencari jalan pintas untuk mengisi kekosongan jiwa mencari kebenaran. Inilah yang sering membawa mereka ke lorong yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. AI-Qur'an dan Sunnah tidak dijadikan asas utama di dalam kehidupan. lni boleh melemahkan dan meruntuhkan agama serta umat Islam. Peluang ini sememangnya diintai dan ditunggu-tunggu oleh musuh-musuh Islam. Bagaimanakah cara untuk menghadapi situasi ini agar tidak menjadi barah yang lebih serius dan kronik?

Pandangan yang diberikan oleh tiga tokoh ulama besar ini iaitu Syeikh Muhammad AI-Ghazali, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dan Syeikh Wahbah AI-Zullaili amat bernas. Sememangnya usaha ulama-ulama Islam sejak dari dahulu hingga sekarang dalam memerangi bid'ah dan khurafat ini tidak pernah susut. Lebih-lebih lagi di era informasi dan ilmu di hujung jari dan dunia tanpa sempadan ini.
Usaha berterusan untuk mempertahankan ajaran Islam yang suci ini adalah teguh dan diteruskan oleh generasi baru yang juga diperteguhkan dengan asas Islam yang sebenar. Dan buku ini merupakan salah satu rujukan dan bacaan untuk usaha murni itu. Maka buku ini amat sesuai untuk semua peringkat masyarakat dalam mempersiapkan diri menghadapi tekanan dan dugaan yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuh dan memusnahkan Islam. Bersamalah kita membersihkan diri dan masyarakat daripada unsur-unsur bid'ah dan khurafat agar hidup kita di dunia lebih bermakna dan berkualiti untuk akhirat yang diberkati.
 

Reviews

There are yet no reviews for this product.