Kehidupan Dengan Iman atau Kufur?

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670267074

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.4550KG
Sales price: RM 14.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Aziz

Judul Asli: Al-Jami fi Talab Al-Ilmi Asy-Syarif Al-Iman wa al-Kufr

Penterjemah: Norlinda Rais

Penyunting: Dr.Mohd.Puzhi Usop

Muka Surat: 204

Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara sahaja. Di sinilah kita mengumpul sebanyak mungkin amalan untuk bekalan di akhirat kelak. Terpulang kepada kita untuk memilih kehidupan dengan iman atau tidak. Tetapi sememang kita sudah diberikan peringatan dan nasihat tentang pengadilan dan pembalasan di hari akhirat nanti.

Nikmat dan kesenangan yang kita akan nikmati di dalam syurga. Ganjaran kebaikan dan kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan oleh akal fikiran kita. Selain itu kita juga khabarkan tentang seksaan dan dahsyatnva neraka yang menempatkan mereka yang kufur dan ingkar terhadap perintah dan larangan Allah. Seksaan dan pembalasan yang tidak akan sanggup ditanggung oleh kita.

Semuanya telah dijelaskan dan diperingatkan kepada kita semua. Terserah kepada kita untuk memilih sama ada kehidupan dengan iman atau kufur. Allah telah menciptakan manusia dan dianugerahkan dengan akal dan nafsu serta dibimbing dengan iman. Ramai yang terleka dengan nikmat sementara dunia sehinggakan tergelincir daripada landasan yang sebenarnya. Mereka ini adalah orang paling rugi dan malang. Semoga kita tidak termasuk di kalangan mereka yang rugi dan malang ini.
Itulah yang dibincangkan di dalam buku yang penuh nasihat dan inspirasi ini. Ke mana arah yang kita akan tuju, adalah terpulang kepada kita untuk merancang dan memilihnya. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah dalam melalui perjalanan hidup ini. Ya Allah,

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. (laitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka sesat." (Al-Fatihah : 6-7)

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.