Israfil A.S Sang Peniup Sangkakala

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673682287

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 15.2000CM
Product Heigth: 22.8000CM
Product Weight: 0.5300KG
Sales price: RM 20.00
Price / kg:

     Malaikat Israfil adalah salah satu di antara empat malaikat yang paling mulia dan bersaiz besar di sisi Allah SWT . Ia ditugaskan untuk meniup sebanyak tiga kali tiupan sangkakala pada hari kiamat. Seperti malaikat-malaikat yang lain, ia diperbuat dari Nur. Jumlah sayap malaikat Israfil itu ada empat. Sayapnya yang pertama panjangnya sampai ke barat, sayapnya yang kedua sampai ke timur, yang ketiga boleh menutupi seluruh badannya dan yang keempat menutupi kepalanya. Ia mempunyai seribu tentera malaikat yang serupa dengan kejadiannya.

     Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda tentang terompet malaikat Israfil: "Terompet itu adalah sebuah tanduk raksasa yang terdiri daripada cahaya. Besar setiap lingkaran dalam tanduk itu selebar langit dan bumi. Terompet itu akan ditiup sebanyak tiga kali. Tiupan pertama akan membuatkan makhluk takut, tiupan kedua akan membuatkan makhluk mati, tiupan ketiga adalah untuk membangkitkan makhluk daripada kubur".

Reviews

There are yet no reviews for this product.