Ingin Mimpi Jumpa Nabi S.A,W.

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830990293

In Stock - 97  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.3300KG
Sales price: RM 6.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (A.Q.HA.S.)

Muka Surat : 98

Bagi orang Mu'min, tiada siapa yang tidak cintakan Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Cinta kepada beliau bukanlah menerusi semata-mata kecantikan wajahnya yang memang melebihi wajah orang-orang sezaman beliau sampai Hari Kiamat - sebab beliau adalah pilihan Allah daripada semua segi: ruhani dan jasmani; tetapi cinta kepada beliau adalah benar-benar didorong oleh pengenalan batin atau saluran keruhanian di mana beliau adalah Penghulu sekalian Nabi dan Rasul: dan beliau memiliki akhlak-akhlak yang tinggi sebagaimana yang dilakui Al-Qur'an dan Al Hadis sendiri.

Allah Yang Maha Bijaksana yang telah menjadikan mimpi sebagai suatu peristiwa yang berlaku pada manusia sejak Nabi Adam 'a.s. lagi, adalah dengan kehendak dan kemurahanNya, membuatkan kita dapat mengenali para NabiNya dengan jelas dan terang. sekalipun mereka telah lama wafat tanpa meninggalkan gambar. lukisan atau ukiran.

Akan tetapi tidak semua manusia dapat bermimpi dan berdialog dengan para Nabi 'alaihimushshalaatu wassalam: sebab semuanya ini adalah menurut kehendak Allah S.A.W. sendiri yang menentukan.

Mujurlah dalam peninggalan Al-Hadith dan perbendaharaan buku Islam, masih terdapat segelintar usaha dan bacaan untuk memohon pada Allah agar Dia memberikan mimpi kepada peminat-peminatnya bagi memperoleh kebertuahan hidup: mengenali kekasih Allah dan cara hidupnya yang membuahkan kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat.

Reviews

There are yet no reviews for this product.