Huru Hara Hari Kiamat

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674392765

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 18.5000M
Product Heigth: 25.6000M
Product Weight: 1.1700KG
Sales price: RM 58.90
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Ibnu Kathir

Di Semak Oleh : Dr. Mohd. Puzhi bin Usop/ Dr. Muhammad Sabri Sahrir

Muka Surat: 593

Di dalam Al-Qur'an banyak dinyatakan tentang hari kiamat. Betapa dahsyatnya kemusnahan yang melenyapkan seluruh alam ini tidak dapat digambarkan oleh akal dan minda manusia. Jika kita melihat kejadian tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa dalam sekelip mata dan melenyapkan banyak tempat di muka bumi ini sebagai suatu yang amat dahsyat. Sehingga jiwa yang kental dan berhati seteguh besi pun akan menitiskan air mata melihat derita akibat kemusnahan itu. Sebenarnya itu amatlah kecil jika dibandingkan dengan kiamat. Kemusnahan dan kehancuran akibat kiamat berkali-kali ganda lebih dahsyat daripada tsunami atau bencana alam yang paling dahsyat ynag pernah berlaku di dunia ini.

Buku ini adalah hasil tulisan Ibnu Kathir yang juga merupakan seorang tokoh ilmu hadis yang banyak menghasilkan buku yang menjadi rujukan dan bacaan seluruh umat Islam hingga kini. Di dalam buku ini Ibnu Kathir menghuraikan secara berperingkat berkenaan kiamat dari segi maksud dan peristiwa-peristiwa yang berkaitannya mengikut kronologi. Apa yang lebih istimewa, semua huraian-huraian ini turut disertakan dalil-dalil dan nas-nas bagi menyokong maklumat yang dihuraikan.

Semoga dengan pengetahuan dan ilmu yang dihidangkan di dalam buku ini akan menambahkan keyakinan dan keimanan kita kepada Allah SWT serta keimanan kita kepada hari kiamat. Diharapkan dengan bukti-bukti serta kisah-kisah yang terdapat dalam buku ini juga akan menjadikan hidup kita lebih fokus dan matlamat hidup lebih teguh serta mendapat kebahagiaan, kejayaan dan kesenangan di dunia dan akhirat, Insya-Allah.

Reviews

There are yet no reviews for this product.