Azab-Azab Dosa Besar Yang Diperlihatkan di Dunia

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670465715

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.4200KG
Sales price: RM 14.00
Price / kg:
Azab sebenarnya akan dialami manusia di akhirat nanti. Akan tetapi, ada juga azab yang disegerakan datangnya semasa di dunia. Sebagai contohnya gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, krisis berpanjangan, kemarau panjang, penularan wabak penyakit yang membawa maut dan berbagai-bagai lagi.

Yang pastinya setiap orang tidak mahu mendapat dan mengalami azab berupa bencana atau seksaan daripada Allah ini. Padahal azab itu tidak lain datang disebabkan oleh olah dan perlakuan manusia sendiri. Azab mampu menimpa seseorang sekali, namun ia juga mampu menimpa seseorang berkali-kali.

Terdapat berbagai penjelasan berkisar azab yang diturunkan kepada manusia dan apakah penyebab azab itu, dijelaskan di dalam buku ini. Selain itu juga dikisahkan cerita-cerita umat terdahulu yang ditimpakan azab oleh Allah. Pasti kita pernah mendengar nama kaum Sodom di zaman Nabi Luth dengan perlakuan homoseksualnya. Kaum Tsamud yang tidak mempercayai Nabi Soleh sebagai utusan Allah. Kaum Madyan di era Nabi Syu'aib yang sering melakukan penipuan atau curang dalam urusan perdagangan dan perniagaan. Dan beberapa lagi kisah lain yang boleh kita jadikan teladan.

Semoga kehadiran buku ini mampu menyingkapkan kepada kita sekelumit kesedaran untuk kita sentiasa merenung dan muhasabah diri. Sentiasa memohon keampunan dan perlindungan daripada Allah S.W.T.

Reviews

There are yet no reviews for this product.