Al-Masih al-Dajjal -Manusia Yang di Murkai Allah

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673680740

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 6.0000IN
Product Heigth: 9.0000IN
Product Weight: 0.8700KG
Sales price: RM 35.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Azmi bin Haji Abdullah @ Zahedy

Disemak Oleh: Dr.Mohd. Puzhi bin Usop,Ust. Muhammad Sabri bin Sahir

Muka Surat: 435

Kitab Al-Masih Al-Dajjal ini adalah sebuah buku yang menarik yang harus dimiliki yang dan dibaca oleh setiap individu dalam mendalami pengetahuan yang berkaitan dengan peritiwa dan fitnah yang bakal berlaku di akhir zaman sebelum tercetusnya Hari Kegoncangan yang amat dahsyat.

Kitab ini membicarakan ketibaan Al-Masih AI-Dajjal sebelum berlakunya Hari Kiamat dari perspektif dan sudut yang amat menarik dan mendalam, bukan berdasarkan takrifan yang biasa didengari daripada ceramah-ceramah agama, ataupun kefahaman yang agak terbatas. Penulis buku ini, menghuraikan sifat dan peribadi Al-Masih Al-Dajjal serta tanda-tanda yang akan timbul sebelum kedatangannya secara yang tersurat dan tersirat, berdasarkan nas dan dalil yang sahih daripada al-Quran dan Al-Sunnah. Di samping menggunakan fakta-fakta lain yang berkaitan seperti fakta sejarah, analisa peristiwa yang telah berlaku dan sebagainya. Secara umumnya, tanda-tanda kedatangan Al-Masih Al-Dajjal yang, berasal daripada keturunan Yahudi yang akan dimusnahkan oleh Nabi Isa alaihissalam. Ia telah pun berlaku sejak sekian lama dan ia akan berterusan hingga sekarang yang menandakan bahawa dengan turunnya Al-Masih Al-Dajjal sebagai salah satu tanda besar Kiamat sudah semakin hampir dan amat pasti sekali.

Dengan membaca buku ini, para pembaca akan dapat berwaspada dan mengelak dirl daripada terjebak menjadi pengikut Al-Masih Al-Dajjal di akhir zaman ini.

Reviews

There are yet no reviews for this product.