Sheikul Islam Ibn Taimiyyah Sesat?

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674392253

In Stock - 97  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.4300KG
Sales price: RM 22.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Syeikh Abd Rahman Dimasyiqiyyah



Penterjemahan : Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari,

Disemak Oleh: Ustaz Mohd Suhail

Muka Surat : 365

SEORANG ulama yang bertaraf mujaddid (pembaharu) ialah Syeikhul Islam Taqiyyuddin Abul 'Abbas Ibnu Taimiyyah Al-Harrani Ad-Dimasyqi Al-Hambali. Syeikhul Islam lahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga mulia yang diberkati, yang sarat dengan ilmu dan keutamaan.Seiring dengan kemasyhuran beliau dalam ilmu dan fiqh, Allah SWT, menganugerahkan pula kepada beliau pelbagai sifat terpuji, sehingga beliau dikenali bahkan disaksikan oleh manusia tentang keadaan ini.

Ketika mana beliau sukar untuk memahami sesuatu ayat, beliau terus sujud dan memohon pertolongan dari Allah SWT. Beliau seorang yang sangat tunduk dan tawaduk mentaati perintah Allah SWT, dan sering merendahkan dirinya di hadapan Allah SWT.

Beliau adalah seorang tokoh ulama yang telah muncul pada abad ke-13 dan ke-14. Beliau merupakan seorang pakar dalam perincian fiqh, ijma' dan ikhtilaf dengan pelbagai hujahnya sehingga orang ramai rasa takjub ketika beliau menyebut tentang masalah-masalah khilaf.

Namun, segelintir masyarakat berasa dengki dan tidak puas hati dengan beliau lalu membuat tuduhan terhadap beliau. Mereka mengatakan bahawa Ibnu Taimiyyah telah menjisimkan Allah SWT. Pelbagai ujian yang beliau tempuhi sehingga digelar seorang yang sesat. Oleh itu bagi mengetahui dengan lebih dekat siapa dia Ibnu Taimiyyah, mari kita baca dengan fikiran yang lebih terbuka. Semoga kita terhindar daripada segala fitnah terhadap pewaris para nabi.

Reviews

There are yet no reviews for this product.