Halal Dan Haram Dalam Kehidupan

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830995595

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.5600KG
Sales price: RM 15.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Akmal Hj.Mhd. Zain

Muka Surat: 300

Metadologi halal dan haram dalam syariat Islam adalah mudah untuk difahami dan ianya bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Ia berpandukan kepada prinsip-prinsip ajarannya bagi menghilangkan mafsadah (kebinasaan) dan mendatangkan maslahan (kebaikan) di dalam semua aspek kehidupan.

Oleh yang demikian Allah S.W.T. telah mengutuskan para Rasul dahulu dengan dibekalkan sahifah atau undangundang agar membimbing manusia kepada jalan yang benar dan menjauhkan mereka dari kebinasaan.

Maka tiada sebarang kesukaran dalam memahami serta mengamalkan ajaran-ajaran Islam, sebab ia boleh diterima oleh akal fikiran, hanya manusia yang cuai sahaja yang melanggarnya berdasarkan kepada hawa nafsu. Misalnya Islam mengharamkan penzinaan, kerana jelas dalam zina terdapat madharat, begitu pula Islam menghalalkan pernikahan kerana di dalamnya ada rasa kasih sayang dan rahmat.

Penyusun buku ini telah memberikan saranan serta membincangkan semua masalah yang ada kaitannya dengan halal dan haram dalam semua aspek kehidupan serta terpeinci berdasarkan kepada dalil-dalil jelas. Dengan membacanya semoga mendapat kesedaran serta bimbingan demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.