Adab Makan Minum Cara Nabi

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675274992

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 5.5000KG
Sales price: RM 5.50
Price / kg:

Quick Overview

"Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?"

Pengarang : Ummu Abdillah

Alih Bahasa & Tambahan : Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh (A.Q.HA.S.)

Muka Surat : 84

"Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?".

Banyak penyakit berpunca dari perut. Kurang makan boleh mendatangkan penyakit apatah lagi kalau terlebih makan. Sekarang bermaca-macam jenis penyakit yang timbul disebabkan oleh sikap kurangnya pengawalan dari segi pemakanan atau diet. Lebih merisaukan lagi ada bahan yang memudaratkan digunakan dalam penanaman dan pemprosesan bahan makan yang boleh mengakibatkan pelbagai risiko penyakit.

Rasulullah s.a.w diutuskan bukan sahaja sebagai rasul tetapi baginda juga adalah contoh terbaik untuk semua manusia dari segi gaya dan cara hidupnya. Dalam kehidupan sehariannya, baginda amat mementingkan berkenaan kesihatan serta kecergasan minda dan tubuh badan. Untuk minda serta tubuh badan yang sihat dan cergas ia bermula dari cara dan amalan pemakanan atau diet seharian kita.

Rasulullah s.a.w mengamalkan gaya hidup yang sederhana, malah dalam soal makan dan minum juga baginda mempraktikkan cara yang sederhana. Selain dari cara pemakanan yang sihat, aktiviti pergerakan atau senaman juga sering baginda amalkan bagi memberi keseimbangan kepada tubuh badan, fizikal mahupun mental. Contoh senaman terbaik yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah solat. Ia merupakan senaman fizikal dan minda yang begitu hebat kesannya.

Nabi s.a.w amat mengutamakan kualiti makanan atau minuman, cara atau adab pengambilannya serta jumlah atau kuantiti yang sesuai untuk kita. Selain itu adab yang melibatkan kerohanian juga ditekan dalam pengambilan makanan atau diet. Hasil yang kita masukkan ke dalam badan itu adalah yang bersih, berkhasiat dan halal. Ini adalah keindahan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi panduan kita semua.

Reviews

There are yet no reviews for this product.